BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 20, 2010

SOAL HATI & pERASAAN

Tuhan telah memberi saya sebuah kehidupan untuk saya jalani dan tempuhi.. Dia telah menemukan saya dengan ramai insan yang mempunyai pelbagai ragamnya.. Supaya saya tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka.. Tapi lazimnya saya akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan saya tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk saya..

Kebahagiaan hidup saya tidak semestinya saya memiliki segala yang terbaik.. Saya hanya perlu membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang didalam perjalanan hidup ini.. Kerana kebahagiaan hidup itu, terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.. Jadi, hanya saya yang boleh menyentuh dan menghargai kepentingan hidup saya ini..


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan lalu yang telah dilupakan.. Saya tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga saya melupakan kekecewaan dan kegagalan masa silam.. Kerana saya, perlu belajar untuk melangkah.ke arah yang lbih baik..

0 comments: